IPOH: Umat Islam dinasihatkan agar menghentikan tindakan boikot terhadap kedai serbaneka KK Mart susulan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah di salah satu cawangan kedai serbaneka itu.
Mufti Negeri Perak, Datuk Seri Wan Zahidi Wan Teh berkata, tindakan boikot itu sebenarnya bertentangan dengan sunnah Rasulullah SAW.
Menurutnya, mengikut kaedah kehakiman Islam, satu daripada rukun penting dalam perlakuan jenayah ialah niat dan keinginan melakukannya, atau "alqasdul jinaei" (criminal intent).
“Elemen ini tidak boleh dibuktikan melalui "syahadah" atau 'direct evidence'. la hanya boleh dibuktikan dengan pengakuan atau melalui kaedah pembuktian "qarainul ahwal" (circumstantial evidence).
“Daripada penjelasan yang dibuat oleh pihak pengurusan KK Mart dan permohonan maaf secara terbuka terhadap insiden yang berlaku serta penjelasan yang dibuat kepada JAKIM, ternyata kewujudan rukun alqasdul jinaein ini tidak dapat dibuktikan.
“Dengan demikian, berasaskan kaedah kehakiman Islam, tuduhan menghina agama Islam terhadap pengurusan KK Mart tidak terbukti,” katanya dalam sidang media khas di pejabatnya di Ipoh, pada Jumaat.
Beliau yakin kenyataannya itu adalah amanah yang wajib disampaikan sebagaimana yang diperintahkan dalam surah An-Nisaa ayat 58.
Menurutnya, apabila isu itu disensasikan dengan menyemarakkan sentimen kebencian dan kemarahan, maka usaha menanganinya telah tersasar jauh daripada landasan keadilan Islam sejagat.
“Prinsip keadilan sejagat mempunyai kedudukan yang suci dalam Islam kerana ia bersumberkan satu daripada nama-nama Allah yang indah "al-Adl".
“Ayat 8 daripada Surah Al-Maaidah menekankan bahawa keadilan wajib ditegakkan terhadap semua kaum sama ada yang kita suka atau tidak.
“Manakala dalam Surah An-Nisaa ayat 58 perintah menegakkan keadilan didahului oleh perintah menyampaikan amanah kepada mereka yang berhak.
“Ini membawa pengertian bahawa keadilan adalah amanah yang wajib disampaikan kepada siapa sahaja yang berhak tanpa mengira kaum,” ujarnya.
Mengulas mengapa baru sekarang beliau bersuara mengenai isu itu, Wan Zahidi menjelaskan, ia mengambil masa kerana rujukan ilmiah perlu dibuat di samping mengambil kira perkembangan semasa.
Beliau juga bersedia menghadapi sebarang kemungkinan kritikan sekiranya kenyataan yang dikeluarkan itu menimbulkan polemik dalam kalangan umat Islam.
Pengurusan tertinggi KK Mart menyatakan kesal dengan insiden penjualan stoking yang tertera tulisan kalimah Allah di salah sebuah cawangannya di Bandar Sunway Pyramid, Petaling Jaya yang tular di media sosial.
Pada 19 Mac lalu, Ketua Pemuda UMNO, Muhamad Akmal Saleh menggesa supaya umat Islam memboikot KK Mart susulan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah di salah satu cawangan kedai serbaneka itu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu berkata, tindakan memboikot itu tidak melibatkan isu 3R, sebaliknya untuk mempertahankan kesucian agama Islam yang dihina.
Abd Razak Mohd Ali
Fri May 03 2024
Wan Zahidi berkata beliau bersedia menghadapi sebarang kemungkinan kritikan sekiranya kenyataan yang dikeluarkan itu menimbulkan polemik dalam kalangan umat Islam. - Astro AWANI
Ahli perniagaan rugi hampir RM200,000 terpedaya pembelian motosikal di Facebook
Lelaki berusia 49 tahun itu mendakwa berurusan dengan seorang individu tidak dikenali melalui aplikasi WhatsApp untuk tujuan tersebut.
Mohd Ali dipilih Tokoh Kepimpinan Sukan Anugerah SAM-100PLUS 2023
Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Kepimpinan Sukan pada Majlis Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100PLUS 2023.
Dua lelaki maut berbalas tembakan dengan polis di PLUS
Dua lelaki maut selepas berbalas tembakan dengan polis di kilometer 396.5 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) di hentian Tanjung Malim, Perak, semalam.
MITI, MOTAC akan bekerjasama sokong eksport seni tempatan ke luar negara
MITI akan berbincang dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk menyokong artis tempatan mengeksport produk mereka.
Zelensky bertemu pemimpin di Singapura, raih sokongan menjelang sidang kemuncak keamanan
Sidang kemuncak itu bertujuan menunjukkan persefahaman bersama dalam majoriti negara mengenai langkah seterusnya ke arah keamanan di Ukraine, dan untuk menyampaikan mesej ini kepada Rusia.
Lee Zii Jia nak memandu pun kena kerumun dengan peminat
Peminat sanggup menunggu pemain perseorangan pertama lelaki negara itu di tempat letak kenderaan di kawasan latihannya.
Zelenskiy bertemu Setiausaha Pertahanan AS Lloyd Austin
Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskiy bertemu dengan Setiausaha Pertahanan AS Lloyd Austin di luar sidang kemuncak keselamatan Dialog Shangri-La di Singapura pada Ahad.
Wanita maut, tujuh cedera nahas tiga kenderaan
Seorang wanita maut manakala tujuh cedera dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Jalan Tanah Merah-Pasir Mas di Tanah Merah.
Islam kukuh reputasi, belasah Poirier di UFC 302
Islam Makhachev mengukuhkan reputasinya selaku petarung pound for pound nombor satu di dunia selepas menumpaskan Dustin Poirier di UFC 302.
Sungai Kandis bertukar biru bukan punca dari kilang - JAS
Siasatan JAS mendapati pelaku dipercayai membuang bahan berwarna itu pada waktu malam atau awal pagi secara 'one off'.
Isu stoking kalimah Allah: Beri kepercayaan pihak berkuasa jalankan siasatan - Mohd Na'im
Polis, Jakim serta KPDN akan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca, pihak yang bertanggungjawab selain niat di sebalik perbuatan itu.
Samun kedai serbaneka: Lima lelaki ditahan
Kesemua suspek berusia 18 hingga 40 tahun itu ditahan pada Khamis lepas susulan laporan oleh seorang pengadu.